|
Pengenalan
Koko merupakan tanaman komoditi ketiga terpenting selepas kelapa sawit dan
getah. Pada tahun 2009, komoditi ini menyumbang RM3.23 billion kepada
pendapatan negara.
Jumlah keluasan tanaman koko di Malaysia adalah 20,561 hektar, di mana pekebun
kecil mewakili 87% daripada keseluruhan kawasan penanaman.
Pengeluaran biji koko kering pada tahun yang sama adalah 18,152 tan dengan
purata pengeluaran nasional 1.3 tan sehektar.
Jumlah pengeluaran ini hanya mampu menampung 6.5% keperluan industri pengisaran
semasa iaitu 279,000 tan pada 2009.
Sektor pengisaran koko terus berkembang pesat dengan kapasiti pengisaran semasa
adalah 360,000 tan biji koko kering setahun.
Malaysia kini menduduki tangga kelima di antara negara pengisar koko utama dunia
dan terbesar di kalangan negara Asia-Oceania.
Dalam usaha menyokong perkembangan industri hiliran, Lembaga Koko Malaysia
(LKM) telah memperkenalkan program 'Koko Untuk Rakyat' sebagai salah satu
pendekatan tambahan kepada program-program peluasan kawasan utama sedia ada.
Objektif Koko Untuk Rakyat
Program ini diadakan adalah bertujuan untuk :
-
Meningkatkan pengeluaran biji koko
-
Sumber pendapatan sampingan keluarga
-
Meningkatkan kesedaran tentang tanaman koko
-
Memaksimumkan penggunaan tanah dan sebagai tanaman landskap bagi menyahut
seruan global terhadap kehijauan bumi (greening the earth).
|