Home | Syarat-syarat | Panduan Penanaman dan Pengurusan Koko | Alamat Perhubungan | Info Lain | Galeri Gambar | Download |
Berita & Aktiviti

   Berita Terkini

Kesinambungan Program Koko Untuk Rakyat

Dalam usaha menyokong perkembangan industri hiliran, Lembaga Koko Malaysia (LKM) telah memperkenalkan program “Koko untuk Rakyat” sebagai salah satu pendekatan tambahan kepada program-program utama yang sedia ada bagi tujuan peluasan kawasan. Sepanjang tahun 2011 (Januari- Jun), Program Koko Untuk Rakyat telah diperluaskan di negeri Kedah, Kelantan, Melaka, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sejumlah 11 982 pokok koko telah diagihkan kepada 402 orang. Pengagihan Koko Untuk Rakyat telah diagihkan atas permintaan dan juga semasa majlis atau pameran diadakan di beberapa negeri di Malaysia.

 

   Pertanyaan Online
   Fakta Koko

1 hektar

1,000 pokok koko

1 pokok

30-45 buah

1 buah

30-40 biji koko

8 buah

1kg biji koko basah

25 buah

1kg biji koko kering

1 buah

RM0.30-0.70

1 kg biji koko basah

RM 1.65-2.60

1 kg biji koko basah

0.30-0.40kg biji koko kering

1 kg biji koko kering

RM 8.00 - 10.00



  Lembaga Koko Malaysia

Panduan Pengurusan dan Penanaman

Anak benih koko ditanam pada jarak 3m x 3m. Tahap lindungan yang sesuai adalah sekitar 70% bagi membolehkan pertumbuhan yang baik. Penanaman sebaiknya dilakukan semasa permulaan musim hujan.

Penanaman

Pokok yang sesuai untuk ditanam

Lubang berukuran 45cmx45cmx45cm disediakan sebelum pokok ditanam.

Baja CIRP ditabur sebanyak 150g ke dalam lubang penanaman

Plastik polibeg dibuka di dalam lubang sebelum pokok ditimbus dengan tanah

Lapisan tanah atas dimasukkan terlebih dahulu , sebelum ditimbus dengan baki tanah lain

Pokok koko yang telah siap ditanam dan tanah di sekelilingnya dipadatkan

   

Pelepah kelapa atau plastik pelindung boleh digunakan sebagai lindungan sementara

   

Pembajaan

Pembajaan pertama dilakukan selepas dua bulan pokok ditanam

Pembajaan dilakukan setiap dua bulan sehingga pokok berusia dua tahun setengah

Pembajaan seterusnya dilakukan setiap empat bulan apabila pokok mula berbuah

Pembentukan Pokok

Pucuk batang utama perlu dipotong apabila ketinggiannya melebihi 45cm

Cantasan seterusnya dilakukan setelah pokok berusia dua tahun. Dahan yang melampai ke bawah atau berlapis perlu dibuang bagi membentuk kanopi yang seimbang

Pembentukan pokok yang sempurna akan mengeluarkan buah yang banyak, memberi pulangan lumayan dan landskap yang menarik

Pengurusan Perosak dan Penyakit

Pelindung sementara (plastik, daun kelapa) digunakan bagi mengawal perosak dan penyakit di peringkat awal tanaman

Buah koko dibalut dengan plastik sebagai kawalan serangga perosak

Dahan yang tidak dicantas menyebabkan kanopi menjadi gelap dan meningkatkan serangan perosak dan penyakit

Cantasan yang sempurna memberi sistem pengudaraan yang baik, seterusnya dapat mengurangkan risiko perosak dan penyakit

Penembusan cahaya matahari hingga ke lantai tanah boleh menghindarkan sebaran penyakit

Pokok koko yang diuruskan dengan baik boleh mendatangkan hasil yang lumayan

Penuaian Hasil

Buah masak sedia dituai apabila buah hijau menjadi kuning dan buah merah menjadi kuning-jingga

Buah koko dipetik menggunakan alat yang tajam dan bersesuaian

Buah koko dibelah untuk mendapatkan biji koko basah

 

Buah koko yang telah siap dibelah tanpa sebarang kecederaan pada biji koko

Empulur perlu diasingkan daripada biji sebelum dijual

 

 

 

Copyright © 2010 Lembaga Koko Malaysia. All rights reserved. Designed by TemplateYes