 |
|
PENGENALAN
|
|
|
Pekhidmatan SMS Lembaga Koko Malaysia (LKM) adalah perkhidmatan yang dibangunkan oleh LKM dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) di bawah projek Gerbang SMS Kerajaan (MySMS).
Gerbang SMS Kerajaan mySMS-15888 adalah satu usaha yang membolehkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan Kerajaan dengan mudah dan ringkas melalui satu nombor SMS iaitu 15888.
Objektif mewujudkan perkhidmatan ini adalah:
- Menyediakan saluran alternatif kepada pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh agensi-agensi Kerajaan; dan
- Membolehkan pelanggan mendapat perkhidmatan Kerajaan dengan mudah, ringkas dan berkesan dengan menggunakan telefon mudah alih.
Berikut merupakan arahan penggunaan perkhidmatan SMS Lembaga Koko Malaysia. Untuk mendapatkan kod-kod rujukan (<pusat>, <gred>, <negeri> dan <kod borang>), sila rujuk rujukan kod-kod SMS Lembaga Koko Malaysia.
|
| ARAHAN PENGGUNAAN |
|
|
| 1. Harga Koko |
|
|
a. Untuk mendapatkan harga biji koko kering terkini mengikut tempat dan gred, sila taip LKM HARGA <pusat> <gred> dan hantar ke 15888
Contoh :
Mesej penghantaran: |
LKM HARGA RAUB SMC1 |
Mesej penerimaan: |
RM0.20 LKM: Harga Biji Koko Kering (RM/Tan), RAUB, SMC 1, 09/01/2009:
Tertinggi: 6850
Terendah: 6800
Purata: 6830 |
|
b. Untuk
mendapatkan harga biji koko basah terkini mengikut tempat dan gred, sila taip
LKM HARGA <pusat> BASAH dan hantar ke 15888
Contoh:
Mesej penghantaran: |
LKM HARGA TAWAU BASAH |
Mesej penerimaan: |
RM0.20 LKM: Harga Biji Koko Basah (RM/Kg), TAWAU, 09/01/2009:
Tertinggi: 200
Terendah: 165
Purata: 178 |
|
C.
Untuk mendapatkan harga purata biji koko kering terkini bagi semua gred mengikut tempat, sila taip
LKM HARGA <pusat> dan hantar ke 15888
Mesej penghantaran: |
LKM HARGA BPAHAT |
Mesej penerimaan: |
RM0.20 LKM: Harga Biji Koko Purata (RM/Tan), BATU PAHAT, 09/01/2009:
SMC 1: 6830
SMC 2: 6900
SMC 3: 7000 |
|
| 2. Direktori |
|
|
Untuk mendapatkan maklumat perhubungan pejabat Lembaga Koko Malaysia di seluruh negara mengikut negeri, sila taip
LKM <negeri> dan hantar ke 15888
Contoh:
Mesej penghantaran: |
LKM PAHANG |
Mesej penerimaan: |
RM0.20 LKM: Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko, Jln Jengka 23, Jengka
Peti Surat 34, 28000 Temerloh, Pahang.
T:09-4852953, F:09-4852955 |
|
| 3. Muat-turun Borang |
|
|
Untuk memuat-turun borang-borang yang disediakan LKM ke alamat emel pengguna menggunakan SMS, sila taip
LKM <kod borang> <alamat emel> dan hantar ke 15888
Contoh:
Mesej penghantaran: |
LKM B1 contoh@yahoo.com |
Mesej penerimaan: |
RM0.20 LKM: Borang Permohonan Jawatan Lembaga Koko Malaysia telah dihantar ke alamat emel anda. Terima kasih. |
|
| 4. Jadual rujukan kod-kod SMS Lembaga Koko Malaysia |
|
No |
Perkhidmatan |
Kod |
1 |
Harga Koko |
<pusat>
- TAWAU
- LDATU
- TENOM
- SBERNAM
- BDATOH
- AYTAWAR
- BPAHAT
- MUAR
- JERANTUT
- RAUB
- KUCHING
- SARIKEI
- SIBU
<gred>
|
2 |
Direktori |
<negeri>
- SELANGOR
- SABAH
- PAHANG
- PERAK
- SARAWAK
- KELANTAN
* Untuk negeri-negeri yang tidak ada pejabat LKM -
jika kod negeri berikut ditaip, maklumat direktori pejabat terdekat akan dipaparkan
- PPINANG
- PERLIS
- KEDAH
- TERENGGANU
- NSEMBILAN
- MELAKA
- JOHOR
|
3 |
Muat-turun Borang |
B1 (Borang Permohonan Jawatan)
B2 (Borang Kursus Asas Pembuatan Coklat)
B3 (Borang Program Pembangunan Tanaman Koko)
B4 (Borang Pendaftaran Pekebun-Pekebun Kecil Koko)
B5 (Borang Permohonan Program Usahawan Coklat Buatan Tangan)
B6 (Borang Tempahan Coklat)
B7 (Borang Khidmat Analisis) |
|
| |
|
|
| Muat turun brosur MySMS |
|
|
| |
|
|
| |

Lembaga Koko Malaysia,
Tingkat 5&6 Wisma SEDCO,
Lorong Plaza Wawasan, Off Coastal Highway,
Beg Berkunci 211,
88999, Kota Kinabalu, Sabah
T:088-234 477
F:088-239575 / 253337
http://www.koko.gov.my
mcb_enquiry@koko.gov.my
|
|