Home | Syarat-syarat | Panduan Penanaman dan Pengurusan Koko | Alamat Perhubungan | Info Lain | Galeri Gambar | Download |
Berita & Aktiviti

   Berita Terkini

Kesinambungan Program Koko Untuk Rakyat

Dalam usaha menyokong perkembangan industri hiliran, Lembaga Koko Malaysia (LKM) telah memperkenalkan program “Koko untuk Rakyat” sebagai salah satu pendekatan tambahan kepada program-program utama yang sedia ada bagi tujuan peluasan kawasan. Sepanjang tahun 2011 (Januari- Jun), Program Koko Untuk Rakyat telah diperluaskan di negeri Kedah, Kelantan, Melaka, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sejumlah 11 982 pokok koko telah diagihkan kepada 402 orang. Pengagihan Koko Untuk Rakyat telah diagihkan atas permintaan dan juga semasa majlis atau pameran diadakan di beberapa negeri di Malaysia.

 

   Pertanyaan Online
   Fakta Koko

1 hektar

1,000 pokok koko

1 pokok

30-45 buah

1 buah

30-40 biji koko

8 buah

1kg biji koko basah

25 buah

1kg biji koko kering

1 buah

RM0.30-0.70

1 kg biji koko basah

RM 1.65-2.60

1 kg biji koko basah

0.30-0.40kg biji koko kering

1 kg biji koko kering

RM 8.00 - 10.00



  Lembaga Koko Malaysia

Senarai Aktiviti Koko Untuk Rakyat (KUR) 2010-2011

Tarikh Tempat Aktiviti
2 Ogos 2010 Sabah Majlis Pelancaran Program Koko Untuk Rakyat , di Dewan Kebudayaan Penampang, oleh YB Tan Sri Bernard Dompok, Menteri KPPK. Sejumlah 7016 pokok koko telah diagihkan kepada 403 orang dari seluruh kawasan Sabah.
25 Feb 2011 Melaka Program Tanaman Koko Untuk Komuniti Usahawan DUN Merlimau, di Dewan Datuk Haji Ahmad Ithnin Melaka oleh YB Dato’ Hamzah Zainudin, Timbalan Menteri KPPK. Sejumlah 2300 pokok koko telah diagih kepada 115 orang dari kawasan Merlimau.
26 Mac 2011 Sabah

Perasmian Mesyuarat AGM Persatuan Pengusaha Koko Penampang,
Kg. Putaton Penampang.

880 Pokok koko diagihkan.

6 April 2011 Sarawak Majlis Pelancaran Program Koko untuk Rakyat Peringkat Negeri Sarawak, di Rumah Gundak, Sg. Paoh Sarikei oleh YB Tan Sri Bernard Dompok, Menteri KPPK. Sejumlah 2225 pokok koko telah diagihkan di seluruh rumah panjang Gundak.
27 - 28 Mei 2011 Pahang Pameran Mini MAHA Pahang, Kuantan.
Sebanyak 562 pokok koko telah diagihkan kepada 38 orang penerima.
11 Jun 2011 Perlis Penyerahan Koko untuk Rakyat sempena Transformasi Pertanian ke Arah Perlis Maju 2015, di Dewan KEMAS Alor Tampang, Beseri Perlis oleh YB Dato’ Hamzah Zainudin, Timbalan Menteri KPPK. Sejumlah 1000 pokok koko telah diagihkan di seluruh kawasan Perlis
14 Jun 2011 Perak Program Koko Untuk Rakyat Peringkat Parlimen Larut, di Homestay Selama Kg. Bagan Baru Kubu Gajah Perak, oleh YB Dato’ Hamzah Zainudin, Timbalan Menteri KPPK. Sejumlah 1850 pokok koko telah diagihkan kepada orang ramai di Perak.


.

 

 

:


 

Copyright © 2005 Lembaga Koko Malaysia. All rights reserved. Designed by TemplateYes