|
Majlis Pelancaran Program Koko Untuk Rakyat (2 Ogos 2010)
Program Koko Untuk Rakyat telah dilancarkan oleh YB Tan Sri Bernard Dompok, Menteri Perusahaan Perladangan
dan Komoditi, di Penampang, Sabah. Sempena majlis tersebut, sebanyak lebih 1000 anak pokok koko telah diedarkan kepada
wakil-wakil pejabat kerajaan, sekolah-sekolah, persatuan-persatuan dan individu. Program ini mengalakkan tanaman koko di
sekeliling rumah, pejabat, sekolah dan taman rekreasi. Objektif program Koko Untuk Rakyat adalah untuk meningkatkan
kesedaran orang ramai mengenai tanaman koko dan seterusnya meningkatkan keluasan dan pengeluaran biji koko Negara.
|