Home | Syarat-syarat | Panduan Penanaman dan Pengurusan Koko | Alamat Perhubungan | Info Lain | Galeri Gambar | Download |
Berita & Aktiviti

   Berita Terkini

Kesinambungan Program Koko Untuk Rakyat

Dalam usaha menyokong perkembangan industri hiliran, Lembaga Koko Malaysia (LKM) telah memperkenalkan program “Koko untuk Rakyat” sebagai salah satu pendekatan tambahan kepada program-program utama yang sedia ada bagi tujuan peluasan kawasan. Sepanjang tahun 2011 (Januari- Jun), Program Koko Untuk Rakyat telah diperluaskan di negeri Kedah, Kelantan, Melaka, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sejumlah 11 982 pokok koko telah diagihkan kepada 402 orang. Pengagihan Koko Untuk Rakyat telah diagihkan atas permintaan dan juga semasa majlis atau pameran diadakan di beberapa negeri di Malaysia.

   Pertanyaan Online
   Fakta Koko

1 hektar

1,000 pokok koko

1 pokok

30-45 buah

1 buah

30-40 biji koko

8 buah

1kg biji koko basah

25 buah

1kg biji koko kering

1 buah

RM0.30-0.70

1 kg biji koko basah

RM 1.65-2.60

1 kg biji koko basah

0.30-0.40kg biji koko kering

1 kg biji koko kering

RM 8.00 - 10.00



  Lembaga Koko Malaysia

Pengenalan

Koko merupakan tanaman komoditi ketiga terpenting selepas kelapa sawit dan getah. Pada tahun 2009, komoditi ini menyumbang RM3.23 billion kepada pendapatan negara.

Jumlah keluasan tanaman koko di Malaysia adalah 20,561 hektar, di mana pekebun kecil mewakili 87% daripada keseluruhan kawasan penanaman.

Pengeluaran biji koko kering pada tahun yang sama adalah 18,152 tan dengan purata pengeluaran nasional 1.3 tan sehektar.

Jumlah pengeluaran ini hanya mampu menampung 6.5% keperluan industri pengisaran semasa iaitu 279,000 tan pada 2009.

Sektor pengisaran koko terus berkembang pesat dengan kapasiti pengisaran semasa adalah 360,000 tan biji koko kering setahun.

Malaysia kini menduduki tangga kelima di antara negara pengisar koko utama dunia dan terbesar di kalangan negara Asia-Oceania.

Dalam usaha menyokong perkembangan industri hiliran, Lembaga Koko Malaysia (LKM) telah memperkenalkan program 'Koko Untuk Rakyat' sebagai salah satu pendekatan tambahan kepada program-program peluasan kawasan utama sedia ada.

Objektif Koko Untuk Rakyat

Program ini diadakan adalah bertujuan untuk :

  • Meningkatkan pengeluaran biji koko
  • Sumber pendapatan sampingan keluarga
  • Meningkatkan kesedaran tentang tanaman koko
  • Memaksimumkan penggunaan tanah dan sebagai tanaman landskap bagi menyahut seruan global terhadap kehijauan bumi (greening the earth).
Copyright © 2010 Lembaga Koko Malaysia. All rights reserved. Designed by TemplateYes