|
Kesinambungan Program Koko Untuk Rakyat
Dalam usaha menyokong perkembangan industri hiliran, Lembaga Koko Malaysia (LKM) telah memperkenalkan program “Koko untuk Rakyat” sebagai salah satu pendekatan tambahan kepada program-program utama yang sedia ada bagi tujuan peluasan kawasan.
Sepanjang tahun 2011 (Januari- Jun), Program Koko Untuk Rakyat telah diperluaskan di negeri Kedah, Kelantan, Melaka, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sejumlah 11 982 pokok koko telah diagihkan kepada 402 orang.
Pengagihan Koko Untuk Rakyat telah diagihkan atas permintaan dan juga semasa majlis atau pameran diadakan di beberapa negeri di Malaysia.
|