Sila isikan ruangan bertanda (*). Kami tidak akan dapat memberikan jawapan kepada aduan/pertanyaan anda jika maklumat penting ini tidak diberikan.
Pertanyaan-pertanyaan Lepas
Berikut merupakan pertanyaan-pertanyaan yang telah kami terima sebelum ini:
| Tarikh | Kepada | Pertanyaan | Jawapan |
| 02/02/2012 | Kursus | Daripada : Ahmad fuad Assalaamualaikum. Saya sekarang telah memulakan industri coklat secara kecil-kecilan dan berhasrat untuk mengkomersialkannya secara meluas. Saya berminat untuk menghadiri kedua-dua kursus usahawan coklat yg bernilai rm200 & rm1,900 tersebut. Soalan saya ialah: Apakah modul yang dirangkumkan di dalam kursus Asas Pembangunan Usahawan Coklat & Kursus Asas Pembuatan Coklat tersebut dan jika saya telah mengikuti kedua-dua kursus ini, saya sudah cukup pengetahuan untuk membuka sebuah kilang bersaiz kecil/sederhana. Sekian, terima kasih. |
Salam En Ahmad Fuad. Tahniah kerana berminat dan telah pun memulakan industri coklat ini. Encik tidak semestinya mengikuti kedua-dua kursus tersebut. Encik boleh memilih salah satu daripada kursus tersebut.Antara modul yg dirangkumkan dlm kursus tersebut adalah 1)Pengenalan kepada koko dan coklat, 2) Teknologi pemprosesan membuat coklat buatan tangan, 3) Keperluan Asas dan 4) Praktikal/pelbagai resepi. Dengan modul yg ada ini, insyallah sudah cukup utk Encik membuka sebuah kilang bersaiz kecil/sederhana. Bagaimanapun pemantauan dan khidmat nasihat dr masa ke semasa adalah amat penting. Sekian, terima kasih. |
| 01/02/2012 | Pentadbiran - Perjawatan | Daripada : Nur salam.. saya merupakan graduan kimia perindustrian dari ipta tempatan. Sangat berminat untuk membuat latihan industri pada 2 july 2012 di LKM.Sekiranya ada kekosongan latihan indusrti, minta maklumkan kepada saya. Kerjasama daripada pihak LKM adalah amat dihargai. . |
Sekiranya cik berminat untuk menjalankan latihan industri di LKM, mohon pihak cik hubungi unit pengurusan sumber manusia di talian 088-234472 atau email terus kepada pegawai berkaitan Pn. Salmah Mohd Masoad, salmah@koko.gov.my |
| 01/02/2012 | Kursus | Daripada : emilyanahmoses Selamat pagi. Saya ingin bertanya, dalam tahun 2012 ini adakah kursus pembuatan coklat di Kota Kinabalu Sabah..jika ada..tolong emel kan kepada saya..juga kosnya (RM) berapa?..Terima kasih. |
Salam Pn. Emily, Jadual Kursus ada di laman Web LKM iaitu www.koko.gov.my dan puan dikehendaki mengisi borang UPUC001 di dalam laman web kami dan kembalikan borang tersebut kepada kami. Kami akan maklumkan kepada puan apabila giliran puan untuk menyertai kursus tersebut. Untuk makluman puan kita ada 2 jenis kursus; 1. Kursus Asas Pembuatan Coklat, Yuran RM1,900.00 / 4 Hari bertempat di CITC/LKM Nilai. 2. Kursus Asas Pembangunan Usahawan Coklat, Yuran RM200.00 / 2 Hari. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Syafiq di talian 06 7998610 untuk menempah tempat kursus atau demo. |
| 31/01/2012 | Kursus | Daripada : Hajarul Aswad by Abdul Hamid Saya ingin membuat pertanyaan Dan mendaftar untuk Kursus Asas Pembuatan Coklat Dan Kursus Asas Pembangunan Asas Coklat. Saya amateur berminat untuk menyertainya. kerja sama pihak tuan amatlah saya hargai. Terima kasih. |
Salam Pn. Hajarul, Jadual Kursus ada di laman Web LKM iaitu www.koko.gov.my dan puan dikehendaki mengisi borang UPUC001 di dalam laman web kami dan kembalikan borang tersebut kepada kami. Kami akan maklumkan kepada puan apabila giliran puan untuk menyertai kursus tersebut. Untuk makluman puan kita ada 2 jenis kursus; 1. Kursus Asas Pembuatan Coklat, Yuran RM1,900.00 / 4 Hari bertempat di CITC/LKM Nilai. 2. Kursus Asas Pembangunan Usahawan Coklat, Yuran RM200.00 / 2 Hari. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Syafiq di talian 06 7998610 untuk menempah tempat kursus atau demo. |
| 30/01/2012 | Kursus | Daripada : Emma Kursus Asas Pembangunan Usahawan Yuran RM200.00 / 2 Hari. ( Apakah isi kandungan kursus adakah termasuk mengajar pembuatan coklat) |
Salam , Jadual Pn Emma.Ya, Kursus Asas Pembangunan Usahawan Coklat Buatan Tangan termasuk sekali cara-cara pembuatan coklat. |
| 30/01/2012 | Kursus | Daripada : mohd saifurul amri assalammualaikum...sy ingin bertanya...sy tggl di ampang selangor...dimana sy boleh dpt kn kursus pembuatan coklat?sy amat berminat untuk mempelajarinya dan memasrkan produk berasaskn cokelat nie |
Salam En. Saifurul, Jadual Kursus ada di laman Web LKM iaitu www.koko.gov.my dan tuan dikehendaki mengisi borang UPUC001 di dalam laman web kami dan kembalikan borang tersebut kepada kami. Kami akan maklumkan kepada tuan apabila giliran tuan untuk menyertai kursus tersebut. Untuk makluman tuan kita ada 2 jenis kursus; 1. Kursus Asas Pembuatan Coklat, Yuran RM1,900.00 / 4 Hari bertempat di CITC/LKM Nilai. 2. Kursus Asas Pembangunan Usahawan Coklat, Yuran RM200.00 / 2 Hari. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Syafiq di talian 06 7998610 untuk menempah tempat kursus atau demo. |
| 28/01/2012 | Kursus | Daripada : sapiah jambrih bila ada kursus di daerah beaufort? saya berminat.berapa yuran dan berapa hari diadakan kursus tu? |
Salam Pn. sapiah, Jadual Kursus ada di laman Web LKM dan puan dikehendaki mengisi borang UPUC001 di dalam laman web kami dan kembalikan borang tersebut kepada kami. Kami akan maklumkan kepada puan apabila giliran puan untuk menyertai kursus tersebut. Untuk makluman puan kita ada 2 jenis kursus; 1. Kursus Asas Pembuatan Coklat, Yuran RM1,900.00 / 4 Hari bertempat di CITC/LKM Nilai. 2. Kursus Asas Pembangunan Usahawan Coklat, Yuran RM200.00 / 2 Hari. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Syafiq di talian 06 7998610 untuk menempah tempat kursus atau demo. |
| 26/01/2012 | Pentadbiran - Perjawatan | Daripada : Nur salam.. saya merupakan graduan dari ipta tempatan. Sangat berminat untuk sebarang jawatan d LKM. Saya mempunya ijazah dalam bidang ekonomi. Sekiranya ada kekosongan jawatan, minta maklumkan kepada saya. Kerjasama daripada pihak LKM adalah amat dihargai. STK |
Sekiranya ada kekosongan jawatan, pihak LKM akan iklankan di akhbar tempatan. Pihak puan juga boleh melayari laman web LKM berhubung perkara ini. |
| 26/01/2012 | Kursus | Daripada : Munira Abdul Majid Saya berminat untuk mengikuti kursus usahawan coklat. harap dapat hubungi saya sekiranya pihak tuan ada menganjurkannya. Terima kasih. |
Salam Pn. Munira, Jadual Kursus ada di laman Web LKM dan puan dikehendaki mengisi borang UPUC001 di dalam laman web kami dan kembalikan borang tersebut kepada kami. Kami akan maklumkan kepada puan apabila giliran puan untuk menyertai kursus tersebut. Untuk makluman puan kita ada 2 jenis kursus; 1. Kursus Asas Pembuatan Coklat, Yuran RM1,900.00 / 4 Hari bertempat di CITC/LKM Nilai. 2. Kursus Asas Pembangunan Usahawan Coklat, Yuran RM200.00 / 2 Hari. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Syafiq di talian 06 7998610 untuk menempah tempat kursus atau demo. |
| 26/01/2012 | Pentadbiran - Perjawatan | Daripada : ROSIDA BT ABD RAHMAN - Ingin berkhidmat dalam apa jua jawatan kosong yang ada di Lembaga Koko Malaysia. Memohon agar pihak Lembaga Koko menghantar iklan jawatan kekosongan yang ada agar memudahkan saya untuk memohon. |
Sekiranya ada kekosongan jawatan, pihak LKM akan iklankan di akhbar tempatan. Pihak puan juga boleh melayari laman web LKM berhubung perkara ini. |
| ç First Page | ç Previous Record(s) | Next 10 Record(s) è | Last Page è |