Dikemaskini pada: 04-Aug-2010
F+|f- W3C Disability Access RSS Feed
Menu

 


Contact

Pertanyaan / Aduan

 
   Kakitangan Sahaja


Intranet


Mel LKM
 
   Miscellaneous


GuestBook

Forum

Link

FAQ

Cocoa Biotech

About

ASEAN Cocoa Club

Berita Online

Inspirasikoko

MyEG

MSC Malaysia
 
 
Printer Friendly Version   

Sila isikan ruangan bertanda (*). Kami tidak akan dapat memberikan jawapan kepada aduan/pertanyaan anda jika maklumat penting ini tidak diberikan.


Nama *
Nombor Telefon 
(Sila berikan no. telefon jika anda memerlukan maklumbalas kami melalui telefon)
Alamat
E-Mel *
(Pastikan emel anda adalah betul. E-mel yang salah akan menyebabkan jawapan yang kami hantar tidak akan dapat diterima oleh anda)
Kategori
Kepada
Pertanyaan*
 
 

Pertanyaan-pertanyaan Lepas
Berikut merupakan pertanyaan-pertanyaan yang telah kami terima sebelum ini:

Tarikh Kepada Pertanyaan Jawapan
20/08/2010 Penyelidikan - Biologi Daripada : ahmad farhan bin hadtimin

Saya pelajar jurusan bacelor sains pertanian, upm serdang. Saya ingin mendapatkan maklumat mengenai program kemajuan koko bagi KKM dan KKM 28. Bagaimana caranya
Assalamualaikum En. Ahmad Farhan, Perbualan telefon di antara saya dengan tuan berkaitan dengan perkara di atas adalah dirujuk. Seperti yang tuan jelaskan kepada saya bahawa maklumat yang diperlukan adalah mengenai KKM27 dan KKM28 dan kaedah penghasilannya seperti pemilihan induk, kacukan dan pemilihan klon bagi projek tahun akhir tuan di UPM. Tuan boleh berhubung dengan Puan Nuraziawati Mat Yazik, Pegawai Penyelidik (Biakbaka) di Lembaga KOko Malaysia, Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko, Peti Surat 30, Jalan Sg. Dulang, 36307 Sg. Sumun, Perak (Tel.: 05-6488176 / 6488178) bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai klon-klon berkenaan. Terima kasih dan selamat berjaya. Haya Ramba Pegawai Penyelidik (Biakbaka) Lembaga Koko Malaysia

14/08/2010 Penyelidikan - Pemindahan Teknologi Daripada : MONDOM BOH

saya adalh pkebun kecil koko sipitang sabah. Saya ingin bertanya apakah nama jenis klon koko yang terbaik dan terkini yang boleh meningkatkan hasil pengeluaran koko dan di mana boleh untuk mendapatkan klon tersebut? tq
Sila hubungi LKM Tenom di talian 087-735320 atau Cik Winoryanti di talian 019-8988525 or en Roy 019-8003190

13/08/2010 Penyelidikan - Bioteknologi Daripada : Nur Asimah Bte Zainal Abidin

Saya pelajar UIA jurusan bioteknologi. berminat menjalankan latihan industri perak, jadi adakah terdapat makmal bioteknologi di perak? Jika ada bolehkah saya menjalan kan latihan industri di tempat tuan? jika boleh apakah prosedur dan siapakah pegawai yang saya harus hubungi?
Nur Asimah, Kami tidak mempunyai makmal bioteknologi di Perak. Sekiranya cik/puan masih berminat untuk menjalani latihan industri di Perak, cik/puan boleh menghubungi terus Pengurus Pusat di LKM Hilir Perak, Sg. Sumun, Perak. Terima kasih. Azhar Mohammed, Bahagian Bioteknologi, Kota Kinabalu, Sabah.

13/08/2010 Penyelidikan - Pemindahan Teknologi Daripada : MONDOM BOH

saya adalh pekebun kecil koko di sipitang, sabah mula tahun 2008. Saya ingin bertanya jenis klon koko yg terbaik yg boleh meningkatkn hasil pengeluaran biji koko dan di mana untuk mendapatkan klon tersebut? tq.
Kesesuaian klon mengikut kesuburan tanah. LKM ada MCB C1, MCB-C2, MCB-C3, MCB-4, MCB C5, MCB C6, MCB C7, MCB C8; KKM 22, KKM 5, KKM 1.

30/07/2010 Pertanyaan Am Daripada : MUHAMMAD ZAID BIN ADIL

Salam. Saya pelajar UiTM kampus Shah Alam dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia tahun pertama ingin memohon mengadakan lawatan industri/lawatan sambil belajar ke kilang pemprosesan koko pihak tuan. Saya sebagai wakil dari fakulti Kejuruteraan Kimia seramai 30 orang dan seorang pensyarah sebagai pengiring. Saya harap pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan permohonan saya dan mengharap jawapan dari pihak tuan/puan secepat yang mungkin. Segala kerjasama dari pihak tuan/puan saya dahului dengan ribuan terima kasih. Sekian.


23/07/2010 Pertanyaan Am Daripada : Nur Izyanti

Salam,saya merupakan pelajar Bacelor Sains dan Teknologi Makanan di UPM dan akan menjalani latihan industri selama 6 bulan. Bolehkan saya menjalankan latihan industri di LKM di Bangi ?
Ms Izyanti, Sila hantar surat permohonan (melalui pejabat penyelia UPM) kepada Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia, Beg Berkunci 211, 88999 Kota Kinabalu, Sabah. Tel: 088-234477, Faks: 088-256912 Permohonan akan dipertimbangkan samada diterima atau tidak, bergantung kepada kesediaan tugasan di LKM Bandar Baru Bangi. Sekian, Unit Perhubungan Awam

22/07/2010 Penyelidikan - Kimia & Teknologi Daripada : ZULL AKMALL WATY BINTI DIN

Salam,saya pelajar semester akhir politeknik shah alam ingin mengetahui tentang proses penghasilan karbon teraktif daripada buah koko.Karbon teraktif merupakan bahan yang penting dalan kajian saya dimana saya akan menggunakan bahan ini sebagai bahan tambah dalam proses penapisan air.Segala kerjasama yang diberikan diucapkan ribuan terima kasih.
Sila berhubung dengan pegawai penyelidik En. Fisal Ahmad pada talian terus 03-89271048 berkenaan dengan proses penghasilan karbon teraktif daripada buah koko. Sekian, terima kasih.

18/07/2010 Pertanyaan Am Daripada : Colson Juanis

Selamat sejahtera, Saya mengambil krusus SKM dalam bidang komputer di Kota Kinabalu dan akan menjalankan latihan industri selama 2 bulan. Bolehkah saya menjalankan latihan industri d LKM?
Tuan, Sila hantar surat permohonan kepada Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia, alamat di Ibu Pejabat Lembaga Koko Malaysia, Kota Kinabalu. Sekian, Felicity L. Ening Unit Perhubungan Awam

18/07/2010 Penyelidikan - Bioteknologi Daripada : Tengsin

Selamat sejahtera. Saya ingin mengetahui adakah pihak yang menawarkan latihan industri akan menyediakan penempatan/ hostel untuk para pelatih? Sekian, terima kasih.
Pada masa ini pihak Lembaga Koko Malaysia (LKM) tidak menyediakan tempat tinggal bagi pelatih yang menjalani latihan industri di LKM. Terima kasih. Azhar Mohammed, Bahagian Bioteknologi, Lembaga Koko Malaysia

13/07/2010 Penyelidikan - Pemindahan Teknologi Daripada : zalifulizam

salam... saya amat berminat untuk penanaman koko. tapak pemilihan di Rompin Pahang. Soalan : 1- adakah kursus yang dianjurkan untuk penanaman koko? 2- Khidmat nasihat? 3-bantuan yang disediakan oleh pihak Lembaga Koko Malaysia? terima kasih sekiranya pihak tuan dapat memberi bantuan dan kerjasama.
1. Kursus Asas Tanaman Koko diadakan untuk peserta program pembangunan tanaman koko oleh Bahagian Pemindahan Teknologi. Kursus tanaman umum oleh Bahagian Biologi satu kali setahun. 2. Khidmat nasihat oleh LKM dari Bahagian Pemindahan Teknologi dan Biologi- on request dan percuma.3. Bantuan umum tidak ada tetapi ada insentif penanaman koko tetapi perlu mengikuti program penanaman koko LKM. Untuk keterangan lanjut sila hubungi LKM jengka di talian 09-4852782/4852892/4852953


ç First Page ç Previous Record(s) Next 10 Record(s) è Last Page è
  Anda ialah pelawat :   Dasar Privasi / Dasar Keselamatan | Peta Laman  |  Disclaimer    
Hak Cipta© 2001 Lembaga Koko Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Lembaga Koko Malaysia, Tingkat 5 & 6, Wisma SEDCO, Beg Berkunci 211, 88999 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : +6088-234477 Faks : +6088-239575