Dikemaskini pada: 04-Aug-2010
F+|f- W3C Disability Access RSS Feed
Menu

 


Contact

Pertanyaan / Aduan

 
   Kakitangan Sahaja


Intranet


Mel LKM
 
   Miscellaneous


GuestBook

Forum

Link

FAQ

Cocoa Biotech

About

ASEAN Cocoa Club

Berita Online

Inspirasikoko

MyEG

MSC Malaysia
 
 
Printer Friendly Version   

Keluasan

Penanaman koko secara komersil di Malaysia bermula pada awal tahun 1950an, seterusnya mengalami pertumbuhan pesat di sekitar tahun 1970an dan 1980an disebabkan harga koko yang tinggi. Kemuncak keluasan koko adalah pada tahun 1989 dengan keluasan 414,236 hektar. Walaubagaimanapun, harga biji koko yang mulai menurun pada awal tahun 1990 dan berterusan menurun, telah menyebabkan pengurangan keluasan tanaman terutamanya di sektor estet.

Keluasan tanaman koko pada tahun 2007 telah dianggarkan menurun sebanyak 10% kepada 28,209 hektar, berbanding 31,326 hektar pada tahun 2006. Kawasan tanaman di sektor pekebun kecil juga dianggarkan menurun sebanyak 5.3% atau 1,355 hektar, kepada 24,076 hektar berbanding 25,431 hektar pada tahun 2006. Pekebun kecil mewakili 85.3% daripada jumlah keluasan tanaman koko. Manakala, sektor estet terus mengalami pengurangan keluasan kepada 4,133 hektar pada tahun 2007, berbanding 5,895 hektar pada tahun 2006. Wilayah Sabah masih merupakan pusat tanaman koko yang utama, iaitu 62.7% atau 17,703 hektar dari jumlah keluasan, diikuti oleh Semenanjung 6,144 hektar (21.8%) dan Sarawak 4,362 hektar  (15.5%).

Pengeluaran

Pengeluaran biji koko di Malaysia mengikuti tren keluasan tanaman koko. Selepas mencecah rekod tertinggi sebanyak 247,000 tan dalam tahun 1980, pengeluaran biji koko mula berkurangan, seiring tren keluasan tanaman koko.

Walaubagaimanapun, pada tahun 2006 dan seterusnya tahun 2007, pengeluaran biji koko meningkat sedikit walaupun keluasan tanaman berkurangan. Pengeluaran biji koko meningkat kepada 35,180 tan atau 10.2% berbanding 31,937 tan pada tahun 2006. Secara amnya, Semenanjung menyumbang 21,871 tan atau 62.2% daripada jumlah pengeluaran, diikuti oleh Sabah pada 11,474 tan atau 32.6%, dan Sarawak 1,835 tan atau 5.2%.  

Pengisaran

Industri pengisaran koko di Malaysia bermula pada tahun 1973 dan perkembang dengan pesat pada tahun 1980an. Setakat ini, terdapat 10 kilang pengisar di Malaysia dengan jumlah kapasiti pemerosesan sebanyak 300,000 tan.

Jumlah kisaran pada tahun 2007 telah meningkat sebanyak 14.7% kepada 310,001 tan, berbanding 270,261 tan pada tahun 2006.  Pada tahun 2007, Malaysia terus mengimport biji koko dari negara Indonesia, Ghana dan Cote d’Ivore, dengan anggaran jumlah import sebanyak 438,956 tan, meningkat sebanyak 8.7% berbanding tahun 2006.

Harga koko

Harga koko berubah-ubah setiap tahun, bergantung kepada pengurangan atau lebihan biji koko di pasaran dunia. Rekod harga yang tertinggi adalah pada tahun 1977, iaitu pada harga RM 13,000 se tan.

Pada tahun 2007, purata harga biji koko kering (SMC 2) di Tawau adalah RM 5,852 se tan, lebih tinggi berbanding RM 4,992 se tan pada tahun 2006. Purata harga biji koko kering (SMC 2) di Raub pula, adalah RM 6,277 se tan, berbanding RM 5,300 se tan pada tahun 2006.

Export biji koko dan produk-produk koko

Pendapatan dari eksport biji koko dan produk-produk koko pada tahun 2007 adalah dianggarkan sebanyak RM 2.588 billion, iaitu 24.5% lebih tinggi berbanding RM 2.078 bilion pada tahun 2006. Kesemua produk-produk koko menunjukkan peningkatan kuantiti dan nilai eksport, kecuali kek koko dan coklat.  Lemak koko masih lagi menjadi menyumbang utama kepada jumlah pendapatan eksport iaitu 39.8% atau RM 1.557 bilion daripada jumlah pendapatan eksport, diikuti oleh serbuk koko (18.4%) dan coklat (8.5 %).

Pada tahun 2007, Malaysia mengeksport sebanyak 17,927 tan biji koko bernilai RM 116.3 juta, 19,479  tan pes koko bernilai RM 184.6 juta, 9,881 tan kek koko bernilai RM 30.9 juta, 103,635 tan lemak koko bernilai RM 1.557 bilion, 116,881 tan serbuk koko bernilai RM 476.1 juta, 24,254 tan coklat bernilai RM 220.9 juta dan 8,517 tan kulit koko bernilai RM 2.06 juta.

Pada tahun 2007, Jepun merupakan destinasi utama untuk eksport biji koko dan pes koko Malaysia, iaitu 37.2% daripada jumlah eksport biji koko kering Malaysia serta 31.8% daripada jumlah eksport pes koko Malaysia. Kek koko kebanyakkan dieksport ke Filipina (32.3% daripada jumlah eksport kek koko). Amerika Syarikat masih merupakan pengimport utama lemak koko (22.8% daripada jumlah eksport lemak koko), serta serbuk koko tanpa pemanis (9.6% daripada jumlah eksport). Pengimport utama serbuk koko yang dimaniskan adalah Jepun (73.0%). Indonesia adalah pengimport utama coklat Malaysia, iaitu 12.1% daripada jumlah eksport coklat.

Import biji koko dan produk-produk koko

Jumlah nilai import biji koko dan produk-produk koko pada tahun 2007 adalah RM 2.962 bilion. Malaysia mengimport 438,956 tan biji koko bernilai RM 2.703 bilion, dan 7,569 tan coklat bernilai RM 172.0 juta.  Pada tahun 2007, Malaysia juga mengimport 2,849 tan serbuk koko, 1,357 tan lemak koko, 1,237 tan pes koko, 2 tan kek koko dan 16,700 tan kulit koko.

Indonesia masih lagi merupakan sumber pengimportan biji koko iaitu 70.1% daripada jumlah import biji koko. Negara lain yang menjadi pembekal biji koko ke Malaysia adalah Ghana (13.3%) dan Cote d’Ivoire (8.9%). New Zealand merupakan sumber pengimportan coklat yang utama, iaitu 12.8% daripada jumlah import coklat, diikuti oleh Amerika Syarikat (12.6%) dan Australia (11.6%).
  Anda ialah pelawat :   Dasar Privasi / Dasar Keselamatan | Peta Laman  |  Disclaimer    
Hak Cipta© 2001 Lembaga Koko Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Lembaga Koko Malaysia, Tingkat 5 & 6, Wisma SEDCO, Beg Berkunci 211, 88999 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : +6088-234477 Faks : +6088-239575