|
Lembaga Koko Malaysia (LKM) adalah
satu agensi penyelidikan badan berkanun persekutuan di bawah Kementerian Perusahaan
Perladangan dan Komoditi Malaysia (dulu dikenali sebagai Kementerian Perusahaan
Utama). Ianya diwujudkan di bawah Akta Parlimen 343 pada tahun 1988 dan mula
beroperasi sejak tahun 1989. Objektif utama penubuhan adalah untuk membangunkan
industri koko Malaysia yang bersepadu dan kompetitif di pasaran global. Penekanan
diberikan kepada peningkatan produktiviti dan kecekapan dalam pengeluaran biji
koko dan peningkatan aktiviti hiliran.
|