Dikemaskini pada: 04-Aug-2010
F+|f- W3C Disability Access RSS Feed
Menu

 


Contact

Pertanyaan / Aduan

 
   Kakitangan Sahaja


Intranet


Mel LKM
 
   Miscellaneous


GuestBook

Forum

Link

FAQ

Cocoa Biotech

About

ASEAN Cocoa Club

Berita Online

Inspirasikoko

MyEG

MSC Malaysia
 
 
Printer Friendly Version   
 

Ketua Pengarah
Dato' Dr. Azhar Ismail

Dip. Agric., University of Agriculture Malaysia
B.S (Entom), University of California at Davis, USA
M.S (Entom), Washington State University, Pullman, USA
Ph.D. (Entom) minor in Statistics, Washington State University, Pullman, USA


Perutusan Ketua Pengarah

Selamat datang ke Laman Web Lembaga Koko Malaysia (LKM).

Kami merasa bangga diatas kunjungan anda. Besarlah harapan kami semoga maklumat (perkhidmatan) yang disediakan dalam Laman Web ini dapat memenuhi keperluan anda. Kami juga berharap Laman Web kami ini dapat dilayari dengan mudah tidak kira dimana anda berada.

Anda adalah diantara ramai pengunjung yang berminat untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kami (LKM) atau koko terutama perkhidmatan-perkhidmatan penyelidikan dan pembangunan, maklumat pasaran dan pemasaran, pelesenan dan kualiti, dan sebagainya. Kelebihan yang ditawarkan oleh teknologi Web hari ini kami manfaatkan untuk  berhubung dengan jutaan pengguna online seperti anda, dan mereka-mereka yang terlibat dengan koko samada di Malaysia dan luar negara.

Usaha ini adalah selari dengan galakan dan penekanan kepentingan strategik yang dimainkan oleh IT dalam sektor kerajaan (e-kerajaan). Oleh itu, LKM tidak mahu melepaskan peluang ini untuk meningkatkan mutu penyampaian e-perkhidmatan kepada pelanggan atas talian.

Laman Web ini telah ditingkat taraf sebanyak tiga kali untuk memenuhi tuntutan perubahan dalaman dan luaran semenjak Februari, 1996. Walau bagaimanapun pihak kami akan sentiasa mengemaskini kandungan dan memperbaiki mutu persembahan mengikut keperluan.

Kami mengalu-alukan sebarang teguran dan cadangan berguna untuk memperbaiki Laman Web ini. Cadangan anda boleh disampaikan kepada kami melalui Buku Pelawat atau e-mel kepada kami.

Akhir sekali, saya mengambil kesempatan ini mempersilakan anda untuk melayari laman-laman maklumat yang disediakan dalam Laman Web ini.

Selamat melayari Laman Web Lembaga Koko Malaysia.

Terima kasih.

20 Mei 2004

 

  Anda ialah pelawat :   Dasar Privasi / Dasar Keselamatan | Peta Laman  |  Disclaimer    
Hak Cipta© 2001 Lembaga Koko Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Lembaga Koko Malaysia, Tingkat 5 & 6, Wisma SEDCO, Beg Berkunci 211, 88999 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : +6088-234477 Faks : +6088-239575