Logo LKM   Laman Web Rasmi
LEMBAGA KOKO MALAYSIA
Malaysian Cocoa Board
Versi Mudah Alih Versi Bahasa Melayu Versi Bahasa Inggeris Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks W3C Disability Access change to default change to red change to green change to blue  
Tarikh Kemaskini: 22-06-2017 Jata Negara dan Logo KPPK
1Akses

PENDIDIKAN

 

 

Artikel mengenai Koko

Coklat tidak bersalah

Oleh REKHA NAIDU

Kita semua suka coklat tetapi berasa bersalah selepas mengambilnya kerana kita percaya bahawa ia akan menjejaskan kesihatan kita. Kita pasti terkejut apabila mengetahui bahawa semua ini adalah tidak benar belaka.

Sebenarnya, hasil daripada kajian terbaru menunjukkan bahawa coklat mempunyai banyak ciri-ciri yang menarik. Sudah sampai masanya kita mengetahui perkara yang sebenar.

Fakta Pertama - Coklat tidak menyebabkan jerawat

Satu-satunya mitos yang diketahui ramai ialah coklat punca jerawat terutama sekali para remaja. Ini tidak benar.

Pemakanan yang tidak baik adalah punca yang sebenar. Pada zaman dahulu adalah mudah dan paling senang untuk menyalahkan coklat. Perubahan hormon semasa 'puberty', pemakanan yang kurang zinc dan iodine yang tinggi adalah antara penyumbang kepada masalah jerawat ini.

Jerawat selalunya timbul di zaman remaja apabila ada peningkatan hormon yang menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum. Sebum ini mengalir ke permukaan kulit tetapi jikalau kulit itu tersumbat sebum itu akan berkumpul dan menjadi jerawat.

Illustrasi Encyclopedia of Dermatology menyatakan bahawa"pemakanan tidak ada tempat di dalam pengurusan jerawat." Oleh itu, para remaja tidak perlu mengenepikan satu daripada makanan kesukaan mereka iaitu coklat. Itu satu usaha yang sia-sia sahaja.

Fakta Kedua - Memakan coklat menyebabkan anda gemuk

Pengambilan yang melebihi adalah isu yang penting di sini. Banci yang terkini dari seluruh dunia menunjukkan bahawa keobesan sangat tinggi.

Makan coklat dengan sederhana, dan juga membuat senaman adalah satu cara untuk menjamin supaya badan kita sihat. Penekanan di sini bukanlah sekadar mengurang berat badan tetapi juga mempunyai badan yang sihat. Doktor keluarga, pakar penyelia sajian dan pakar pemakanan adalah orang yang sesuai untuk memberikan nasihat dari segi pengurusan berat badan, tetapi adalah selamat jika kita amalkan pemakanan yang sederhana tetapi seimbang. Sebenarnya tidak ada satu pun makanan yang menggemukkan tetapi amaun yang diambil mestilah sesuai dengan berat badan seseorang.

Sebagai catatan, ada baiknya kalau kita ambil perhatian apa yang dikatakan oleh Persatuan Pakar Pemakanan Amerika dalam bahagian "Maklumat Harian" mereka di mana mereka menasihatkan untuk "mengambil coklat tetapi secara kesederhanaan".

Fakta Ketiga - Pesakit diabetic boleh memakan coklat

Terdapat banyak perubahan dari segi nasihat pemakanan yang diberikan kepada pesakit diabetic sejak 20 tahun yang lalu.

Persatuan Diabetic British, Persatuan Sains Makanan Amerika and Persatuan Diabetic Malaysia hari ini mengesahkan bahawa gula atau makanan yang mengandungi gula dalam amaun yang kecil yang dimakan kerana kandungan seratnya yang tinggi dan kurang lemak boleh diterima.

Produk-produk diabetic adalah tidak perlu kerana ianya tidak memberi faedah kepada pesakit diabetic jika dibandingkan dengan makanan yang biasa. Oleh itu, pesakit diabetic boleh memakan coklat tapi dengan kadar sederhana dan atas nasihat pakar sains makanan.

Fakta Keempat - Coklat tidak menyebabkan kerosakan gigi

Jika anda terpaksa berjumpa dengan doktor gigi kerana sakit gigi, anda mungkin tidak ingin untuk menyentuh coklat lagi untuk sekian lama. Cuba fikir seketika dan pertimbangkan fakta-fakta ini.

Kerosakan gigi adalah penyakit yang terjadi dengan bermacam cara dan apabila ini terjadi enamel akan terhakis dengan begitu cepat. Asid ini terbentuk hasil pemeraman bahan-bahan makanan di dalam mulut dan kemudiannya menyebabkan kerosakan gigi.

Penjagaan gigi yang baik dengan air yang mengandungi fluorida memainkan peranan dalam mengurangkan kerosakan gigi di kebanyakan negara walaupun pengambilan gula itu meningkat ataupun di tahap yang sama. Satu lagi berita yang baik ialah tannin dalam koko menghalang kerosakan gigi dengan mengurangkan plak. Asid oksalik dalam coklat juga mengurangkan pengeluaran asid.

Sekarang anda bolehlah memakan coklat sambil tersenyum tanpa malu. Tetapi anda mesti ingat jangan lupa berus gigi.

Fakta Kelima - Coklat tidak mengakibatkan sakit jantung

Di sini juga coklat merupakan sesuatu makanan yang tidak baik. Peningkatan orang yang mengidap sakit jantung di Malaysia adalah kerana gaya hidup yang tidak sihat dan pergerakan yang tidak banyak.

Merokok, kurang bersenam dan pemakanan yang tidak seimbang dan tinggi lemak tepu merupakan penyebab yang utama. Pada masa yang sama coklat mengandungi phenol yang merendahkan lipoprotein tahap rendah (LDL kolesterol). Adalah difikirkan bahawa asid stearik dalam lemak koko atau lemak dalam coklat tidak ada kesan terhadap kolesterol di dalam darah.

Panduan yang munasabah untuk gaya hidup yang sihat adalah dengan mengambil makanan yang serat tinggi, karbohidrat yang tinggi kompleks, lemak dan gula yang rendah dengan senaman yang teratur. Jika semua ini dipatuhi maka coklat yang diambil dalam amaun yang sedikit tidaklah menjadi masalah besar.

Fakta Keenam - Adakah coklat itu menaikkan berahi (aphrodisiac)?

Kenyataan ini mungkin benar. Walaupun belum ada makanan yang dapat dibuktikan kesan 'aphrodisiac'nya tetapi coklat mempunyai reaksi positif terhadap kimia otak dan dipercayai mempengaruhi perangai atau perasaan seseorang.

Perasaan ini dikaitkan dengan memakan coklat kerana setelah memakan coklat otak akan mengeluarkan sejenis candu yang semulajadi yang diketahui boleh mengurangkan kesakitan dan menimbulkan perasaan yang seronok. Sebenarnya tidak ada satu pun candu yang dikatakan semulajadi ini ada dalam kuantiti yang besar yang mampu mengeluarkan perasaan yang luar biasa ini. Kemungkinan besar, kombinasi daripada ciri-ciri deria coklat, komposisi khasiat dan bahan-bahan 'psychoactive' yang bertanggungjawab.

Glenn Campbell, seorang pakar pemakanan berbangsa Australia mengatakan: "Memakan coklat adalah satu daripada keseronokan dalam kehidupan." Dalam lain perkataan, anda tidak akan salah jika anda menghadiahkan seseorang itu dengan coklat.

Jadi, apalagi ambillah coklat kegemaran anda dan nikmatilah satu daripada hadiah yang paling lazat dalam kehidupan anda. Tapi, anda mestilah buat senaman juga!

  • Artikel ini telah diedit dari The Sunday Star, Ogos 20, 2000 (muka surat 22)
  • Rekha Naidu adalah seorang pakar pemakanan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai koko sila faks: 603-5512 8595

Kimia Dalam Coklat Penghubung Ke hati Seseorang

DAVIS, California (September 19, 1996) - Coklat menjadi penghubung ke hati seseorang dalam berbagai cara yang kita tidak pernah fikirkan.

Davis, seorang penyelidik di Universiti California, telah mendapati bahawa coklat mengandungi kandungan yang tinggi kimia yang dikenali sebagai phenolics di mana dipercayai mengurangkan risiko sakit jantung dengan menghalang lemak seperti zat di dalam aliran darah daripada teroksida dan menyumbang arteri.

Penemuan ini telah dilaporkan dalam surat kepada pengarang dalam keluaran The Lancet, satu jurnal perubatan British pada 21 September.

"Kajian ini menunjukkan bahawa coklat boleh menyumbang sebahagian kecil daripada 'dietary' antioksidan, " kata Andrew Waterhouse, ketua penyelidik, penolong profesor vitikultur dan enologi. "Walau bagaimanapun, kita perlu melihat samada phenolics yang diambil melalui produk makanan boleh memberikan kesan perlindungan antioksidan kepada tubuh badan."

Waterhouse, seorang ahli kimia wain, telah membuat kajian dalam beberapa tahun mengenai kemungkinan kebaikan kepada kesihatan yang diperolehi dari antioksidan phenolics yang terdapat dalam wain merah. Proses kimia oksidan kini difikirkan memusnahkan satu bahan dalam darah yang dikenali sebagai lipoprotein densiti rendah atau LDL. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan lemak atau plak yang menyempitkan saluran darah. Sakit jantung berlaku apabila saluran darah ini sempit dan pembekuan darah berlaku di dalam arteri.

Phenolics sudah diketahui kewujudannya di dalam coklat, menghalang lemak dalam coklat dari menjadi tengik. Waterhouse dan rakan-rakannya berminat untuk mengetahui setakat mana kuatnya antioksidan phenolics ini menghalang pengoksidaan LDL.

Di makmal percubaan mereka mengambil ukuran amaun phenolics di dalam serbuk koko, coklat 'baker' dan coklat susu. Kemudian mereka meneliti berapa lama masa diambil oleh ekstrak serbuk koko ini menghalang oksidasi LDL yang dikeluarkan dari darah manusia.

Mereka mendapati bahawa 1.5 auns. coklat susu mengandungi hampir sama kandungan phenolics dalam 5 auns gelas wain merah. Dan kompaun phenolics dalam coklat mengeluarkan kesan antioksidan sama atau lebih daripada wain merah.

"Kita masih perlu tahu samada struktur kimia yang berlainan coklat phenolic antara phenolic wain berubah kesannya terhadap tubuh badan," kata Waterhouse.

"Kami tidak mencadangkan kepada orang ramai untuk memakan lebih banyak coklat untuk menghindari dari penyakit sakit jantung," katanya. "Keputusan dari kajian ini menunjukkan bahawa 'dietary' phenolics bertindak sebagai antioksidan dalam tubuh badan dan juga coklat merupakan satu sumber yang baik bagi."

* Untuk maklumat lanjut, media akhbar harus berhubung dengan Andrew Waterhouse, Vit. & Enology (916) 752-4777 atau Patricia Bailey, News Service (916) 752-9843, pjbailey@ucdavis.edu

Mengapa tubuh kita "menggunakan" kurang dari 40% protein dari koko? Bagaimana dengan 60% yang lain? Adakah ianya ditukarkan dan disimpan sebagai lemak?

Satu penyelidik berpendapat bahawa daripada kesemua protein dalam koko hanya 38% boleh dihadam. Penyelidik yang lain pula berpendapat bahawa protein itu rendah dalam penghadaman sebab ia membentuk satu kompleks dengan polyhydroxyphenols (tannin yang dikondense).

Protein adalah konstituen makanan yang penting sebab ia membantu pembesaran dan menggantikan tisu badan dan otot. Protein tidak digunakan sebagai sumber haba dan tenaga melainkan tubuh badan kekurangan lemak dan karbohidrat yang diperlukan untuk haba dan tenaga atau terlalu banyak kandungan protein dalam badanl.

*  ICCO

Menentang masalah yang membimbangkan - keobesan, kolesterol dan kerosakan gigi

23 Februari 1998

Coklat telah dipersalahkan sebagai menggemukkan. Keobesan berpunca dari ketidakseimbangan antara pengambilan tenaga dan penggunaan tenaga - lemak badan yang terlebih akan disimpan disebabkan pengambilan melebihi penggunaan. Tidak ada kaitan langsung antara gula dan keobesan dan konfektioneri bukanlah penyumbang utama dalam pengambilan lemak dalam pemakanan.

Kolesterol adalah satu perkara yang membimbangkan pengguna. Lemak koko adalah lemak yang terkandung di dalam biji koko dan digunakan dalam pembuatan coklat. Lemak koko seperti lemak yang lain terdiri daripada beberapa lemak asid - Asid Palmitic 25%, Asid Linoleic 3%, Asid Stearic 35%, Asid Oleic 35% and lain-lain 2%. Asid Stearic dan Palmitic ialah asid lemak tepu, oleic adalah asid lemak tidak tepu dan asid linoleic adalah asid politaktepu. Kajian telah menunjukkan bahawa lemak koko tidak meningkatkan tahap kolesterol seperti apa yang dijangkakan dengan adanya kandungan asid lemak tepu, disebabkan oleh kesan berkecuali asid stearic terhadap tahap kolesterol. Jika dibandingkan dengan Palmitic atau lain-lain lemak tepu, asid stearic tidak menaikkan kolesterol darah. Kajian yang dibuat selama empat puluh telah menunjukkan bahawa lemak koko mempunyai kesan berkecuali terhadap kolesterol darah.

Konfektioneri juga telah dituduh sebagai penyebab kerosakan gigi dan karies. Sebarang makanan karbohidrat adalah kariogenik berpotensi kerana bakteria di dalam mulut akan 'metabolise' karbohidrat yang boleh difermentasi yang mengeluarkan asid dan pengurangan plak pH yang akan mengakibatkan dalam pengurangan mineral dalam enamel gigi akan berakhir dengan kerosakan gigi. Gula juga mengalami masalah yang sama dalam pembentukan kerosakan gigi, peranan karbohidrat yang boleh difermentasi adalah sungguh kompleks. Gula kurang kariogenik daripada kanji sebab ia larut dalam air dan air liur dan boleh dikeluarkan dari mulut dengan cepatnya. Oleh itu kariogenisiti sesuatu makanan itu tidak semestinya mempunyai kaitan dengan kandungan gulanya.

Makanan yang mengandungi 50% gula tidak semestinya mengakibatkan kerosakan gigi dari makanan yang mengandungi 10% gula. Kandungan yang lain di dalam makanan pun boleh mengubah kariogenisiti sesuatu makanan. Biji koko bukanlah kariogenik intrinsik sebab ia tidak mengandungi karbohidrat yang boleh difermentasi dengan signifikan. Oleh kerana itu coklat tidak boleh dikatakan sebagai faktor penyumbang kepada pembentukan karies dan kajian terbaru menentang persepsi lama di mana coklat manis mempunyai kariogenik yang tinggi. Penyelidikan yang lain telah menunjukkan bahawa bahan yang biasa terdapat dalam koko iaitu tannin, mungkin memainkan peranan sebagai penghalang pembentukan plak.

General     Industry     MCB Staff
Follow Us IKUTI KAMI
qrcode Facebook Page RSS YouTube Instagram
Quick Links PAUTAN PANTAS
1GovUC Intranet Online Service Gallery
FAQ Download Forms Feedback/Enquiry Publication
Expertise DIREKTORI PAKAR
Nama :
Kepakaran :
(cth: Patologi Tumbuhan, Analisa Polisi dsb)
Bahagian :
 
Cocoa Price HARGA KOKO
HARGA PURATA BIJI KOKO KERING MENGIKUT GRED
TARIKH : 21/07/2017
PUSAT
SMC 1
SMC 2
SMC 3
TAWAU
6250
6100
N/A
RAUB
6650
6400
N/A
KUCHING
5750
5600
N/A
+lagi
Tag Cloud TAG CLOUD

Get Adobe Flash player

 
Anda ialah Pelawat : countercountercountercountercountercountercounter 

| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Peta Laman | Panduan Pengguna |