Logo LKM   Laman Web Rasmi
LEMBAGA KOKO MALAYSIA
Malaysian Cocoa Board
Versi Mudah Alih Versi Bahasa Melayu Versi Bahasa Inggeris Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks W3C Disability Access change to default change to red change to green change to blue  
Tarikh Kemaskini: 26-09-2017 Jata Negara dan Logo KPPK
1Akses

PENDIDIKAN

 

 

Mitos atau Fakta

Mengapa ramai orang suka memakan coklat dan 'candies' yang lain? Sudah tentunya mereka sukakan rasanya! Terdapat banyak jenis perisa dalam pasaran sekarang. 'Candies' dalam bentuk bar yang enak dan mempunyai pelbagai ciri dan perisa, coklat di dalam kotak dengan harga dan inti yang berlainan dan blok coklat, susu, separuh manis atau tidak manis.

Penyelidikan yang dijalankan telah membuktikan khasiat dan kebaikan koko dengan tahap kalorie yang dianggap normal untuk semua penduduk.

Coklat dan koko memang menjadi kesukaan ramai orang di dunia ini. Marilah kita lihat sejauh manakah kebenaran ini.

MITOS Coklat yang mengandungi koko adalah makanan yang tidak berkhasiat.
FAKTA Satu bar 1.5 auns coklat susu menyumbang kandungan peratus berikut kepada nilai pemakanan harian yang disyorkan (USRDA): Kalcium - 9%; Riboflavin - 9%; Protein - 6%; Zat Besi - 3%; Vitamin A - 2.4%; Thiamine - 2%. Nilai khasiatnya akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan. Coklat sungguh berkhasiat.

MITOSCoklat adalah sumber utama 'dietary sugar' untuk kanak-kanak.
FAKTA Kajian yang dijalankan di Michigan State University menunjukkan bahawa kurang MITOSdaripada 3 peratus daripada jumlah pengambilan gula oleh kanak-kanak diperolehi dari coklat dan lain-lain konfeksyen.

MITOSCoklat mengandungi sodium yang tinggi.
FAKTA Satu bar 1.5 auns.coklat yang tidak manis atau separuh manis hanya mengandungi 1.5 mg sodium; satu bar coklat susu - 40 mg. Cuba bangdingkan dengan: 1 cawan susu - 122 mg; 1 keping roti gandum - 132 mg dan 1 auns keju swiss yang mengandungi 440mg sodium.

MITOSCoklat menyebabkan kerosakan gigi.
FAKTA Kajian telah mendapati bahawa satu daripada bahan yang terdapat dalam serbuk koko menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak gigi. Oleh itu coklat bukanlah penyebab jerawat. Sebenarnya, faktor pemakanan tidak mempunyai kesan atau bukan merupakan punca langsung terhadap jerawat tetapi ia adalah keadaan kulit yang disebabkan oleh aliran keluar minyak yang berlebihan.

MITOSKafein dalam coklat menyebabkan kanak-kanak terangsang dan menyebabkan mereka terlalu aktif.
FAKTA Satu auns coklat adalah 5 milligrams. Satu cawan kopi mengandungi antara 93 dan 153 milligrams dan bagi teh pula ia bergantung kepada berapa lama ia dibuat, mengandungi antara 28 dan 44 milligram kafein secawan. Ada juga minuman ringan yang mengandungi antara 32-65 milligrams bagi satu tin seberat 12 auns. Anda terpaksa memakan banyak bar coklat (lebih kurang 50 - 1.5 auns bar coklat) barulah anda boleh menyalahkan coklat kalau anda tidak nyenyak tidur.

MITOSMemakan coklat dan lain-lain konfeksyen adalah penyebab utama kegemukan kanak-kanak.
FAKTA Kajian menunjukkan kanak-kanak obes mengambil gula yang kurang tetapi lebih kepada lemak dan protein.
General     Industry     MCB Staff
Follow Us IKUTI KAMI
qrcode Facebook Page RSS YouTube Instagram
Quick Links PAUTAN PANTAS
1GovUC Intranet Online Service Gallery
FAQ Download Forms Feedback/Enquiry Publication
Expertise DIREKTORI PAKAR
Nama :
Kepakaran :
(cth: Patologi Tumbuhan, Analisa Polisi dsb)
Bahagian :
 
Cocoa Price HARGA KOKO
HARGA PURATA BIJI KOKO KERING MENGIKUT GRED
TARIKH : 26/09/2017
PUSAT
SMC 1
SMC 2
SMC 3
TAWAU
6150
6050
N/A
RAUB
6450
6200
N/A
KUCHING
5650
5550
N/A
+lagi
Tag Cloud TAG CLOUD

Get Adobe Flash player

 
Anda ialah Pelawat : countercountercountercountercountercountercounter 

| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Peta Laman | Panduan Pengguna |