- Apa
Itu Coklat?
-
Apakah Jenis-Jenis Coklat Yang Terdapat di Pasaran?
-
Mengapa Makan Coklat?
-
Bilakah Kita Membeli Coklat?
Apa
Itu Coklat?
| Coklat
boleh diklasifikasikan sebagai coklat tulin atau kompaun.
Coklat
tulin hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 5% lemak sayuran.
Manakala, coklat yang digunakan sebagai salutan untuk membuat biskut,
konfeksyeneri atau produk coklat yang lain hendaklah mengandungi tidak
kurang daripada 12% likur koko.
Produk-produk
koko atau coklat yang tidak memenuhi kriteria tersebut dikenali sebagai
coklat kompaun.
|
Apakah Jenis-Jenis Coklat Yang Terdapat di Pasaran?
| Terdapat
banyak jenis produk yang boleh didefinisikan sebagai coklat dan coklat
konfeksyeneri selain daripada bar coklat. Walau bagaimanapun, bila bercakap
mengenai coklat, ia merujuk kepada tiga jenis coklat iaitu coklat susu,
coklat putih dan coklat kosong. |
| Memang
tidak dapat dinafikan lagi bahawa coklat merupakan makanan, minuman
dan snek yang popular di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Walau
bagaimanapun, coklat dianggap sebagai makanan junk dan tidak berkalori,
enak tetapi tidak berkhasiat. Tetapi pada hakikatnya adalah sebaliknya.
Yang nyatanya, coklat adalah makanan yang penuh khasiat dan berupaya
menyumbang kepada keperluan pemakanan secara positif. Sebagai contoh,
kandungan zat di dalam coklat susu berbanding coklat putih.
|
NILAI
PEMAKANAN COKLAT PUTIH DAN COKLAT SUSU
Kandungan Zat 8oz. Gelas (atau ½)
|
ZAT |
COKLAT PUTIH |
COKLAT SUSU |
|
Kalori |
168 |
205 |
|
Protein gms. |
8.5 |
7.0 |
|
Kalsium gm. |
0.20 |
0.26 |
|
Fosforus |
0.22 |
0.22 |
|
Vitamin A I.U. |
375 |
338 |
|
Tiamin mg. |
0.08 |
0.07 |
|
Riboflavin mg. |
0.41 |
0.37 |
|
Niasin mg. |
0.21 |
0.25 |
Sumber
: Persatuan Pengilang Coklat |
| Coklat
sesuai untuk dibeli setiap masa, lebih-lebih lagi pada hari-hari istimewa
seperti Hari Krismas, Hari Kekasih dan sebagainya. Memandangkan coklat
merupakan makanan yang kaya dengan sumber tenaga dan senang dibawa ke
mana saja, ianya sering dijadikan makanan dalam pelbagai aktiviti lasak
seperti mendaki gunung dan lain-lain. Ia merupakan makanan 'wajib' di
kalangan pengembara.
|
Peratus
Tenaga Dari Protin, Lemak Dan Karbohidrat Dalam Coklat Susu Dan
Tanpa Susu
|
Jenis |
% Sumbangan Tenaga |
|
Protein |
Lemak |
Karbohidrat |
| Coklat
Kosong |
4% |
57% |
39% |
| Coklat
Susu |
7% |
52% |
41% |
| Coklat
Putih |
5% |
51% |
43% |
|
|
|