Logo LKM   Laman Web Rasmi
LEMBAGA KOKO MALAYSIA
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Versi Mudah Alih Versi Bahasa Melayu Versi Bahasa Inggeris Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks W3C Disability Access change to default change to red change to green change to blue
 
Tarikh Kemaskini: 27-09-2023 Logo MPI
 

Kami menawarkan produk-produk koko dan coklat daripada kovertur hingga ke pralin. Produk ini diformulasikan daripada pelbagai bahan mentah seperti koko pejal, lemak koko, gula dan serbuk susu.


Kovertur


   


Produk kovertur yang dihasilkan adalah daripada bahan mentah yang berkualiti tinggi dan diformulasi mengikut resipi yang dikenalpasti tinggi mutunya. Harga untuk produk kovertur adalah seperti berikut :



  • Coklat susu (RM 25 kg)

  • Coklat pahit (RM 25 kg)

  • Coklat putih (RM 25 kg)

  • Coklat susu tanpa gula (RM60 per kg)

Kompoun


Kami juga menawarkan produk kompoun yang mana mempunyai penampilan seperti coklat tetapi mengandungi lemak sayuran yang menggantikan lemak koko. Produk ini adalah sesuai untuk penyalut.

Kompoun boleh diperolehi pada harga RM15 per kg, dengan pilihan 3 jenis produk seperti berikut :


  • Coklat Susu

  • Coklat Pahit

  • Coklat Putih


Pralin




Selain dua pilihan di atas, kami juga menawarkan produk pralin yang mempunyai pelbagai jenis inti seperti almond nut, hazel nut, raisin, orange peel dan truffle dengan rasa unik, sesuai untuk setiap peringkat umur.



Harga(termasuk 6% GST) bagi produk pralin adalah RM84.80 per kg atau RM42.40 (500gm).


Coklat susu (serbuk) “Panning”


RM91.15/kg (Termasuk 6% GST)


RM45.60(500gm)(Termasuk 6% GST)


Selain di Nilai, pejabat kami di KKIP Sabah juga sudah mula menawarkan beberapa produk coklat untuk dijual.( Sila klik di sini untuk senarai harga coklat bagi pejabat KKIP )

Bagaimana Untuk Membuat Tempahan

Untuk mendapatkan produk yang kami tawarkan, sila ikuti panduan berikut:


  1. Isi borang tempahan ( Borang Pejabat Nilai atau Borang Pejabat KKIP)

  2. Fakskan borang tersebut ke nombor faks yang disebut dalam borang kami.

  3. Kami akan menghubungi dan memaklumkan anda bila tempahan anda tersedia.

  4. Datang ke pejabat kami di Nilai atau KKIP untuk mengambil tempahan anda.Pembayaran hendaklah dijelaskan secara tunai.(Sila rujuk alamat dan nombor telefon pejabat kami pada borang tempahan)



Keterangan lanjut

Untuk mendapatkan keterangan lanjut, sila hubungi 06-7999001/7999004 (pejabat Nilai) or 088-489111/489100 (pejabat KKIP)



Updated by DIREKTORAT on 17-Apr-07
General     Industry     MCB Staff
Follow Us IKUTI KAMI
qrcode Facebook Page RSS YouTube Instagram
Quick Links PAUTAN PANTAS
1GovUC Intranet Online Service Gallery
FAQ Download Forms Feedback/Enquiry Publication
Expertise DIREKTORI PAKAR
Nama :
Kepakaran :
(cth: Patologi Tumbuhan, Analisa Polisi dsb)
Bahagian :
 
Cocoa Price HARGA KOKO
HARGA PURATA BIJI KOKO KERING MENGIKUT GRED
TARIKH : 29/09/2023
PUSAT
SMC 1
SMC 2
SMC 3
TAWAU
10450
10250
N/A
RAUB
10550
10350
N/A
KUCHING
9950
9750
N/A
 
+lagi
 
Anda ialah Pelawat : countercountercountercountercountercountercountercounter 

| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Peta Laman | Panduan Pengguna |