No. Ruj |
Tarikh |
Kepada |
Pertanyaan |
Jawapan |
4723 |
22/02/2021 |
Pertanyaan Am |
Daripada : AHMAD IDHAM
Assalamualaikum dan selamat petang, saya merupakan mahasiswa dalam bidang sains nuklear , boleh ke saya membuat permohonan latihan industri di LKM Nilai. |
En Ahmad Idham,
Sila hantar permohonan latihan industry kepada Unit Pembangunan Sumber Manusia, tel 088-206400, faks 088-259403, emel elilia@koko.gov.my .
Sekian, terima kasih.
mcb_enquiry
|
4720 |
12/02/2021 |
Pertanyaan Am |
Daripada : Rachel
Hi, may i know where i can get the application letters for the internship program? Thank you very much for answering me.
|
Miss Rachel,
You may send your application letter to elilia@koko.gov.my, or call Human Resource Development Unit at 088-206400 .
Regards,
mcb_enquiry
|
4719 |
10/02/2021 |
Pertanyaan Am |
Daripada : Nur Izzati
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya ingin membuat permohonan untuk menjalani latihan industri di Lembaga Koko Malaysia di Kota Kinabalu. Berhubung dengan perkara tersebut, dengan siapakah yang saya perlu hubungi dan menghantar permohonan? |
Cik Nur Izzati,
Sila hubungi Unit Pembangunan Sumber Manusia, Ibu Pejabat LKM, Tel 088-206400, atau emel kepada elilia@koko.gov.my .
Sekian.
mcb_enquiry
|
4716 |
27/01/2021 |
Pertanyaan Am |
Daripada : Marziana Datuk Seri Abdul Manap
Assalamualaikum dan Salam sejahtera, kami dari syarikat Super Seed Resources . Produk kami adalah organik . Di sini kami ingin tahu bagaimana cara untuk kami memperkenalkan produk kami dan kami ingin bekerjasama dengan Lembaga koko. Dengan ini kami memohon kepada Lembaga koko. memberi ruang dan peluang kepada kami untuk membuat taklimat dan event bersama Lembaga koko. Kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai
Sekian Terima kasih,
Yang Benar,
Marziana Datuk Seri Abdul Manap
Director
0123702414
|
Puan,
LKM kurang pasti produk yang puan ingin perkenalkan adalah bersesuaian dengan keperluan LKM. Walau bagaimanapun, puan boleh menghubungi pengurus-pengurus pusat LKM yang lebih sesuai untuk mempertimbangkan pengenalan produk syarikat puan.
Alamat dan telefon pusat-pusat LKM boleh dirujuk di laman web LKM www.koko.gov.my. Pusat-pusat LKM berada di Tawau, KKIP, Kota Samarahan, Bagan Datuk, Jengka dan Nilai.
Sekian,
mcb_enquiry
|
4715 |
27/01/2021 |
Pertanyaan Am |
Daripada : Atirah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya ingin membuat permohonan untuk menjalani latihan industri di Lembaga Koko Malaysia di Tawau. Dengan siapakah saya perlu menghantar permohonan? |
Cik Atirah, Sila hantar surat permohonan ke Unit Pengurusan Sumber Manusia, Ibu Pejabat, Lembaga Koko Malaysia. Tel: 088-206400, Faks: 088-259403. Emel elilia@koko.gov.my .
|
4714 |
26/01/2021 |
Pertanyaan Am |
Daripada : NUR SYAFIQAH
Saya ingin bertanya adakah lembaga koko malaysia di johor ada membuka peluang untuk latihan industri bagi pelajar tahun akhir diploma kejuruteraan kimia di UITM PASIR GUDANG? Jika ada,pada siapa perlu saya hantarkan butiran? |
Cik Nur,
Lembaga Koko Malaysia (LKM) tidak mempunyai pejabat di Johor, Pejabat LKM di Semenanjung adalah di Nilai, Bagan Datuk dan Jengka.
mcb_enquiry
|
4713 |
23/01/2021 |
Pertanyaan Am |
Daripada : NAJWA RAZAK
apakah form of business LKM? cooperation ke mcm mana ye? |
CIk/Puan,
LKM adalah satu badan berkanun persekutuan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komodi Malaysia. Ia ditadbir oleh Lembaga Pengelola. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web www.koko.gov.my> Mengenai LKM.
Sekian.
mcb_enquiry
|
4712 |
22/01/2021 |
Pertanyaan Am |
Daripada : S.PUSPALATHA
salam sejatera.
saya mempunyai tanah pertanian. saya ingin menceburi dalam pertanian koko tetapi saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang pertanian dan pemasaran koko.
bolehkah tuan puan guide saya dan apakah bantuan yang saya dapat memohon |
Tuan,
LKM ada melaksanakan program pembangunan tanaman koko, tetapi buat masa ini, bantuan adalah untuk tanaman koko sedia ada. Bantuan tanaman baru hanya diberi di kawasan tertentu seperti di bawah program cluster koko dan kawasan projek usahasama JAKOA. Walau bagaimanapun, LKM boleh memberi khidmat nasihat dan panduan dalam penanaman koko, termasuk melawat kawasan untuk melihat kesesuaian tanah dan sumber untuk mendapatkan anak pokok koko. Tuan boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi pejabat LKM di Bagan Datuk,tel 05-6488176.
Sekian.
mcb_enquiry
|
4711 |
21/01/2021 |
Pertanyaan Am |
Daripada : Abdul Rashid
Assalamualaikum.n very good day..saya nak tanya..bagaimana saya boleh menceburi industri penanaman dan pembuatan koko..saya mempunyai tanah namun zero knowledge abou koko..saya percaya industri ini akan berkembang pesat dan sebagai anak muda saya berhajat untuk menyahut cabaran kerajaan untuk menghasilkan lebih ramai usahawan.. |
Tuan,
LKM ada menyediakan kursus asas pembuatan coklat buatan tangan. Sila hubungi Unit Pembangunan Usahawan Coklat di Pusat Inovasi & Teknologi Koko, Nilai, tel 06-799 8610, Faks: 06-794 1910. Borang permohonan kursus boleh dirujuk di laman web www.koko.gov.my . Tuan juga boleh merujuk maklumat dalam facebook @upuclkm.
Kursus penanaman koko dianjurkan untuk peserta program berkaitan pembangunan tanaman koko. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat LKM Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko, Jengka, Tel: 09-485 2953.
|
4710 |
21/01/2021 |
Pertanyaan Am |
Daripada : Mohd Anas Bin Mentoh
Assalamualaikum, bagaimana saya ingin memohon untuk jawatan daripada Lembaga Koko dan berpindah jabatan (daripada Agensi Kerajaan Lain di bawah Kementerian Yang Sama). Sekian dan terima kasih |
Tuan boleh memohon jawatan kosong LKM. Walau bagaimana tahun perkhidmatan tuan dari agensi lain tertakluk kepada peraturan perjawatan yang berkaitan. Sila hubungi Unit Pengurusan Sumber Manusia LKM atau rujuk laman JPA.
|