Skip to content

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI

LEMBAGA KOKO MALAYSIA

Kementerian Perladangan dan Komoditi

Selamat Datang Ke Portal Rasmi
LEMBAGA KOKO MALAYSIA

 

Kementerian Perladangan dan Komoditi

  • Siapa kami?
  • Apa kami buat?

Kongsi:

Pengenalan

Perkembangan pesat industri koko pada akhir 1970an dan awal 1980an telah mencetus kesedaran untuk menyelaras dan mengintegrasi pelbagai aktiviti industri ke bawah satu organisasi payung untuk memastikan satu perkembangan yang sihat. Oleh itu, Lembaga Koko Malaysia (LKM) diwujudkan. Akta penubuhan LKM diluluskan oleh parlimen pada Julai 1988 dan digazetkan sebagai Akta 343 pada 8 September 1988. LKM mula beroperasi secara rasmi pada 18 Julai 1989.

Siapa kami?

Lembaga koko Malaysia

Lembaga Koko Malaysia (LKM) adalah satu agensi badan berkanun persekutuan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia (dulu dikenali sebagai Kementerian Perusahaan Utama sehingga tahun 2004). Ianya diwujudkan di bawah Akta Parlimen 343 (Pemerbadanan) pada 1988 dan mula beroperasi sejak tahun 1989. Objektif utama penubuhan adalah untuk membangunkan industri koko Malaysia yang bersepadu dan kompetitif di pasaran global. Penekanan diberikan kepada peningkatan produktiviti dan kecekapan dalam pengeluaran biji koko dan peningkatan aktiviti hiliran.

Kongsi:

Pengenalan

Perkembangan pesat industri koko pada akhir 1970an dan awal 1980an telah mencetus kesedaran untuk menyelaras dan mengintegrasi pelbagai aktiviti industri ke bawah satu organisasi payung untuk memastikan satu perkembangan yang sihat. Oleh itu, Lembaga Koko Malaysia (LKM) diwujudkan. Akta penubuhan LKM diluluskan oleh parlimen pada Julai 1988 dan digazetkan sebagai Akta 343 pada 8 September 1988. LKM mula beroperasi secara rasmi pada 18 Julai 1989.

Apa kami buat?

Penyelidikan dan Pembangunan

Penyelidikan dan Pembangunan adalah aktiviti utama LKM. Program dan projek penyelidikan dijalankan untuk menangani pelbagai masalah dan keperluan dalam penanam koko dan industri hiliran koko. Tujuan utama adalah untuk mendapatkan pengetahuan dan membangunkan teknologi serta bahan tanaman yang boleh meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos pengeluaran dan keperluan buruh, memperbaiki kualiti biji koko dan produk koko, membangunkan produk baru serta kegunaan baru koko serta meningkatkan kelebihan persaingan bagi biji koko dan produk koko Malaysia.

Pembangunan Pasaran dan Tekno-Ekonomi

Tujuan pembangunan pasaran adalah untuk meningkatkan perkongsian pasaran untuk biji koko dan produk koko Malaysia dalam pasaran antarabangsa dan domestik. Aktivitinya termasuk promosi antarabangsa dan domestik. Promosi antarabangsa dijalankan melalui Misi Perdagangan dan Teknikal, serta eksposisi antarabangsa. Promosi domestik dilakukan melalui pesta koko, media digital (rancangan Televisyen, laman web) dan pameran. Kebaikan koko merupakan tema utama aktiviti promosi. Program ekonomi adalah untuk melihat ekonomik pengeluaran daripada bahan mentah biji koko sehingga produk siap, melalui penyelidikan dan pembangunan, serta banci. Maklumat harga koko, senario pasaran dan statistik berkaitan juga disediakan untuk rujukan industri.

Pengawalseliaan dan Kawalan Kualiti

Pelesenan dan penggredan dijalankan untuk memastikan kualiti biji koko Malaysia memenuhi keperluan piawaian Malaysia. LKM melesenkan aktiviti pedagang (bahan tanaman, biji koko basah, biji koko kering), aktiviti pedagang produk separa koko separa proses dan aktiviti pengisar koko. Adalah menjadi tanggungjawab LKM untuk membuat garis panduan dan piawaian untuk biji koko dan produk koko, serta melakukan pengawalseliaan. Aktiviti pengredan adalah pensijilan kualiti dan pemantauan kualiti biji koko.

Pembangunan Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran adalah pekebun kecil koko, usahawan tani dan usahawan coklat buatan tangan. Program Pembangunan Kumpulan Sasaran merupakan termasuk dalam program pengembangan dan pembangunan LKM. Tujuan utama program Pembangunan Pekebun Kecil adalah untuk meningkatkan produktiviti koko pekebun kecil daripada kurang 0.5 tan/ha/tahun kepada lebih 1.5 tan/ha/tahun. Aktivitinya termasuk lawatan, perjumpaan, pemberian bahan tanaman dan insentif, serta latihan dalam teknologi penanaman dan pengurusan kualiti. Aktiviti Pembangunan Usahawan Tani termasuk khidmat nasihat dan insentif untuk nurseri koko dan pemerosesan biji koko basah. Tujuan program Pembangunan Usahawan Coklat Buatan Tangan adalah untuk mewujudkan usahawan Malaysia yang terlibat dalam industri coklat buatan tangan dan membantu usahawan untuk mengeluarkan produk yang berdayasaing. Aktivitinya adalah kursus pembuatan coklat buatan tangan, menyediakan peluang promosi dan khidmat nasihat.

Pengembangan dan Pemindahan Teknologi

Aktiviti pengembangan dan pemindahan teknologi adalah termasuk bengkel, seminar, lawatan kebun, demontrasi, serta kursus latihan dalam teknologi penanaman koko, pembuatan coklat dan pembangunan produk.

Perkhidmatan Teknikal dan Nasihat

LKM menyediakan perkhidmatan teknikal dan nasihat kepada penanam koko dan industri hiliran. Pusat Inovasi dan Teknologi Koko, Nilai ada mempunyai kemudahan makmal untuk perkhidmatan analisis fizikal, kimia dan mikrobiologi terhadap biji koko dan produk koko. Pusat ini juga dilengkapi dengan makmal rintis untuk perkhidmatan kajian pembangunan produk untuk industri.

Skip to content